Thursday, February 14, 2013

I Love my Job

       
06/02/2013...(Imbas Kembali)

           Rasanya dah 3 hari aku kerja kat sini. Hari mula-mula kerja pagi-pagi lagi hujan. waaaaaa, malasnya nak pergi kerja..Tido lagi sedap kan?? Hehe.. tapi bila di fikir-fikir balik tak berbaloi pun cuti..Hari 'first' kat tempat yang dah lama tak datang kerja kot.. 

          Walaupaun aku suka buat benda yang tak senonoh tapi tak adalah sampai nak menyusahkan orang lain..Komited.. Hmm,mmg aku komited benar sekarang ni..Tapi sebenarnya dulu aku lagi komited dari sekarang sampai sanggup balik pukul 2,3 pagi semata-mata nak siapkan kerja. Sekarang je komited aku dah jadi lain...Asal pukul 4.30 petang je, aku dah bersiap nak balik...Amacam?? Komited kan aku sekarang ni dengan keluarga...=p

          Ok, berbalik kepada cerita asal aku tentang tempat kerja aku sekarang (buat sementara waktu), jadual memang sangat padat. Hari isnin kelas masakan.. Hari selasa kelas mengaji.. Hari rabu plak macam tadi la kan, kelas menjahit (jahit manik).. Wah tengok, memang dah boleh jadi calon isteri solehah dah ni...Hehe.. Esok hari khamis, lagi padat.. Pagi wat kelas aerobik, lepas tu terus gerak ke rumah mantan sister maryam... Sister jemput untuk pergi tengok suami die yang kena stroke..Ni mesti kes laki die tak nak dengar arahan misi ni.. Sebab tu perlukan pertolongan therapist...Aku dengan rasa seronoknya nak pergi jumpa 'patient' besok..Petang pulak janji dengan acik Mi nak pergi PAWE Pekan.. Nak pergi 'survey' tempat tu..Biasalah aku kan sukarelawan..

          Selain kerja yang memang kerja yang membolehkan aku diberi gaji, aku jugak suka dengan kerja surirumah  ni (konon)...Bila pukul 1 tengah hari, aku dah memang kat dapur tempat kerja aku dah..Nak masak la katakan.. Petang bila balik kerja aku masak lagi..Kadang-kadang malam pun aku masak jugak.. Tahu kat mama aku ni, mahu menitis air mata terharu sebab aku rajin sangat bila duk jauh dari dia..Hak3.. Lawak betul..Nak naikkan berat badan la katakan..

          Walaupun aku yang beria-ria berusaha untuk meningkatkan berat badan tapi yang aku nampak sepupu-sepupu aku je yang makin bulat...Sebabnya??? Setiap kali aku masak, aku makan sepinggan tapi diorang berpinggan-pinggan..Mana tak membesar macam ni??? Setiap kali lepas makan, diorang salahkan aku sebab masak..Diorang nak diet..Masalahnya sekarang, memang aku kah yang bersalah???

          

LAPARNYA...



REPORT TAK HANTAR LAGI...
(sory lupe la..)

Hai...Baru ada masa nak menaip..Ada kawan kita cakap kita kena buat blog sendiri sebab kalau kita jauh dengan diorang, diorang semua tetap boleh tahu apa yang kita buat..Ari tu dah taip dah apa yang nak dikongsi tapi dengan tiba-tiba, lappy kita mati.. Huwaaaaa..Kita dah siap taip semua cerita yang kita nak kongsi dengan kawan kita tu, tapi semuanya hilang sekelip mata...Kita pun apa lagi,'mood' pun dah hilang.. Langsung ari ni baru bukak balik diari..Bukan apa, saja nak bagitahu kawan-kawan kita tu, kita demam kat sini..=(

          Kita kat sini ok je..Semua terkawal..Minggu lepas, kita baru mula kat sini..Jadual mcm yang kita ada kongsi kat atas..

          Minggu depan, PAWE sini mungkin akan mula buat roti sendiri..Jadi kitaorang pun akan jadi pembuat roti la..Bagi kawan-kawan yang teringin nak merasa roti air tangan kita, jemput la datang melawat kita kat sini..Jangan lupa bawak buah tangan sekali tau kalau datang sini...hehe..=p

Tuesday, January 29, 2013

My beloved....
You are my beloved..
He is my beloved..
She is also my beloved ones..
I love everyone who are always colour my life..
Do I need to tell you who are them???
They are always with me wherever I go..
Accompany me in every action that i made..
Always in my HEART...